Showing posts with label think. Show all posts
Showing posts with label think. Show all posts

Monday, 9 April 2012

Tunggu Dan Lihat.....1

1.

Ruhani bangun ceria dalam senyuman,
terngiang-ngiang bisikan mimpi seorang pemuda berjubah,
"selepas ini tiada lagi kesusahan bagi kamu".
Apa erti bisikan itu ?....
Yang pasti senyuman di wajahnya terus terukir.
Dia yakin pasti ada jawapannya.
Tunggu dan lihat!..pujuk hatinya.
Hari ini dia perlu merawat seorang wanita,
memohon untuk bertemu bagi meluahkan penderitaan hidup sedihnya.
Ruhani sedar dia perlu tegap dan ceria,
untuk menarik keluar mereka yang lemas di lautan kesedihan.
               Bukan daya dan upaya ku ya Allah!
 .......bersambung            

Friday, 18 November 2011

.......APA PUNCANYA?

18.11.2011
Sahabat yang bijak berfikiran positif ini dapat merasa tenaga negatif rakannya yang tidak mahu keluar dari pemikiran sempitnya.Dia menjelaskan tentang kuasa minda yang boleh mengorak ibarat seketul batu yang tercampak di permukaan air menghasilkan gelombang.minda Rakannya yang bertanggapan negatif telah berjaya menyekat kucing itu dari bertindak mengikut arahan.Setelah sepakat kedua mereka memulakan arahan terhadap kucing itu dengan bersikap terbuka dan positif.ternyata kucing itu bertindak mengikut latihan yang pernah dilaluinya.INILAH PUNCANYA!
Dua orang,seorang anak dan seorang bapa berhadapan dengan situasi yang memerlukan ketegapan dan keberanian.Sibapa yang memang terkenal berani tiba-tiba bertukar gementar dan lemah dalam bertindak.Setelah direnung mencari punca,jelaslah sianak ini seorang yang kurang keyakinan diri dan mudah mengalah menghadapi tekanan.Jadi jelaslah seseorang itu tercetak mengikut sesiapa dalam pergaulannya.Bertanggungjawablah memperbaiki orang sekeliling jika ingin terus di kalangan mereka....atau renggang-rengganglah...sebelum terlambat.

 "PEOPLE YOU ASSOCIATE WITH WILL INFECT YOUR THINKING"
 http://infoyogee.blogspot.com/2011/09/people-you-associate-with-will-infect.html

APA PUNCANYA?

18.11.2011-  
 "All that we are is the result of what we have thought. The mind is everything. What we think we become" 


Your Life is a Reflection of your thoughts. Every Second, Minute, Hour, Day – the thoughts which cross our mind with or without our awareness give shape up our life.
Good Thoughts , Good Life. Bad Thoughts, Bad Life. Angry Thoughts, Angry Life. Beautiful thoughts, Beautiful Life and Positive Thoughts , Positive Life.
Seorang sahabat yang berfikiran positif ingin buktikan pada rakannya yang berfikiran sempit .
Dia telah melatih kucingnya menurut arahannya seperti melatih seekor anjing.
Dia berjaya dan memberitahu rakannya tetapi tidak dipercayai olehnya kerana tanggapan rakan itu hanya anjing yang mampu terlatih menurut perintah.Dia diundang untuk menyaksikan perubahan kucing itu.bila kucing itu diarah menurut perintah di hadapan rakannya,Kucing itu jadi kaku dan berdiam diri.rakan yang berfikiran sempit ini bangga dengan tanggapannya selama ini.APA PUNCANYA SIKUCING INI JADI BEGINI?

Wednesday, 16 November 2011

PENCIPTA

17.11.2011
setiap peristiwa berlaku adalah hasil dari dalam diri sendiri.
cari punca baik atau buruk satu peristiwa itu dari pegangan dalam diri ketika itu.
fikiran positif mencetus peristiwa berhikmah baik.
fikiran negatif mencetus peristiwa sebaliknya.
oleh itu kawal minda dengan kesedaran.

setiap ciptaan adalah milik Pencipta.
terhenti pada ciptaan kita leka dan jatuh.
mengadap dengan sedar kehadiran Pencipta
buat kita tawan ciptaan itu dalam rahmatNya.
dan terbimbing dari kesilapan dan kejatuhan.

kelembutan dalam merenung alam.
indah melihat kehadiran Pencipta di segala.
tidak terjejas walau berat dugaan.
kerana sedar cinta Pencipta jadi buruan.