Sunday 20 May 2012

Surah Al-Ikhlas


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke
barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas (baik
ia laki-laki maupun perempuan)”.

No comments:

Post a Comment