Friday 18 November 2011

.......APA PUNCANYA?

18.11.2011
Sahabat yang bijak berfikiran positif ini dapat merasa tenaga negatif rakannya yang tidak mahu keluar dari pemikiran sempitnya.Dia menjelaskan tentang kuasa minda yang boleh mengorak ibarat seketul batu yang tercampak di permukaan air menghasilkan gelombang.minda Rakannya yang bertanggapan negatif telah berjaya menyekat kucing itu dari bertindak mengikut arahan.Setelah sepakat kedua mereka memulakan arahan terhadap kucing itu dengan bersikap terbuka dan positif.ternyata kucing itu bertindak mengikut latihan yang pernah dilaluinya.INILAH PUNCANYA!
Dua orang,seorang anak dan seorang bapa berhadapan dengan situasi yang memerlukan ketegapan dan keberanian.Sibapa yang memang terkenal berani tiba-tiba bertukar gementar dan lemah dalam bertindak.Setelah direnung mencari punca,jelaslah sianak ini seorang yang kurang keyakinan diri dan mudah mengalah menghadapi tekanan.Jadi jelaslah seseorang itu tercetak mengikut sesiapa dalam pergaulannya.Bertanggungjawablah memperbaiki orang sekeliling jika ingin terus di kalangan mereka....atau renggang-rengganglah...sebelum terlambat.

 "PEOPLE YOU ASSOCIATE WITH WILL INFECT YOUR THINKING"
 http://infoyogee.blogspot.com/2011/09/people-you-associate-with-will-infect.html

No comments:

Post a Comment